Tuesday 26 November 2013

APA ITU PEMBAJAAN?                  (ULASAN DUA)

Tua tapi terjaga.


"PERTANIAN YANG BAIK MEMERLUKAN PENGURUSAN YANG BAIK".

Oleh kerana proses pembajaan melibatkan kos pembiayaan yang sangat tinggi(60 hingga 70% kos pengeluaran BTS), maka saya berasa terpanggil untuk memberi sedikit penyuluhan minda untuk membantu teman sepejuangan mendapatkan pulangan atau pendapatan yang lebih. ~ Insya Allah~

Dalam Bahasa Indonesia, 'Membaja' dikatakan 'Memupuk', tetapi kalau 'Baja' ertinya 'Besi'. Bila saya arah pekerja di Indonesia supaya membaja, ada pekerja tanya, "tanam sawit pakai besi Pak?".  
 "Marilah kita memupuk semangat cintakan sawit!!!".

Pokok pangkalnya; pembajaan adalah pengurusan kesuburan tanah, kerana kesuburan pokok adalah pada pangkalnya.

Apa yang membuat tanah kurang kesuburannya atau sakit?
  1. Tahap asid (kemasaman) tanah tinggi (PH terlalu rendah), cth; paya, banjir dan pembajaan kimia berlebihan.
  2. Nutrien tanah di serap oleh tumbuhan2 pesaing yang lain (kebun yang jadi hutan simpan).
  3. Hakisan permukaan tanah akibat hujan, permukaan tanah yang terlalu gersang(tanpa penutup bumi),  
  4. Sisa bahan kimia yang terkumpul hasil dari terlebih atau salah pembajaan dan racun rumpai.
  5. Kepadatan berlebihan tekstur permukaan tanah akibat tekanan tayar jentera berat, pijakkan kaki haiwan(lembu &kerbau), dsb.nya.
Kekurangan Magnesium
Kekurangan Boron







Apa yang membantu tanah bertambah subur?

  • PH (tahap asid & alkali) tanah yang baik dan stabil (PH5-7). 
  • Kebun yang bersih dari tumbuhan-tumbuhan pesaing liar (anak2 kayu , lalang, dll.).
  • Membina teres, batas penahan air, pengurusan pengairan, penyusunan pelepah dan penanaman kekacang.
  • Mengurangkan pengunaan bahan kimia yang merosakkan dan berlebihan. Terlalu kerap meracun dan dengan kadar racun yang tinggi. Peladang2 yang berpengalaman tahu perbezaan istilah mengurang(suppress) dan menghapus (irradicate) dan bila dipraktikkan.
  • Membaja dengan kadar yang optima, (tumbuhan tidak menyerap nutrient yang tidak di perlukan atau berlebihan).
  • Kekurangan Kalium
  • Membiar lapisan rumput rampai yang tipis di permukaan tanah. Menggalakkan organisma2 tepu (sangat halus) seperti bakteria, mikrob, cacing dsb.nya membiak.


Kekurangan Phosfat






"ILMU PENGETAHUAN MENJADIKAN SESEORANG ITU PENGURUS YANG BAIK".





APA ITU BAJA ORGANIK DAN MIKROB ?


Bersambung.......




Saturday 23 November 2013


APA ITU PEMBAJAAN?               (ULASAN SATU)

Ini jawapannya mengikut definasi saya sebagai seorang ‘lay-man’ atau pun orang lapangan, kepada orang lapangan yang lain. ‘Lay-man to lay-man’.


Tujuan membaja;
Supaya kita dapat menambah hasil dari tanaman kita.  

Tujuan menambah hasil;
Supaya dapat menambah pendapatan.

Apa itu pendapatan?
Hasil jualan dikurangkan modal yang di keluarkan.

Peringatan!!!!  MEMBAJA UNTUK TAMBAH PENDAPATAN.

(Banyak yang berfikir ini tak payah cakap pun, semua orang dah tahu. Betul, kadang-kadang kita dah tahu tapi bila kita ingat nak lebih tahu akhirnya kita jadi tambah tak tahu .)

APA ITU BAJA?

Baja adalah nutrien, atau zat, atau vitamin, yang diperlukan oleh tumbuhan untuk tumbesaran dan pembiakan (buah, ubi, batang, daun, tunas dsb. nya) yang optima.

Tumbuhan memerlukan sekurang-kurangnya 16 jenis nutrien barulah ianya dapat tumbuh dengan optima dan mengeluarkan hasil yang maksima.

Cth.nya; Nitrogen(N), Phosporus(P), Potasium (K), Magnesium(Mg), Boron (B), Copper Sulfate(Cu) dsbnya. Untuk daun, akar, batang dan lain-lain.

Ingat!!! Kita harus menganggap pokok itu seperti kita (manusia).

Terdapat 3 jenis Baja.

1.     Baja Sebatian/ Kimia 

- Terhasil dari bahan buangan kilang besi yang diproses untuk dijadikan bahan lain untuk kegunaan pertanian. 
- Juga boleh diperoleh hasil dari kajian makmal melalui campuran beberapa bahan kimia. 
-  Hanya mengandungi 3-4 nutrien penting yang diperlukan tumbuhan. 
- Memerlukan unsur-unsur baja lain untuk mencukupkan unsur yang diperlukan tumbuhan.
-  Ia terdapat dalam bentuk serbuk, butir, nugget dan cecair. 
 

2.     Baja Kompos/ Organik 

- Terhasil apabila bahan organik mereput dan terurai kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil ‘humus’ melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma tanah seperti bakteria, cacing dan kulat. 
- Walaupun dikatakan baja organik ini mesra alam tetapi kandungan unsur didalamnya tidak mencukupi untuk sesuatu tumbuhan itu hidup dengan baik.
- Baja cacing, tanah gunung berapi dan najis binatang (guano) adalah tergolong dalam baja jenis ini.
 
3.     Baja Bakteria/ Mikrob 

- Terhasil dari tindakan bakteria baik yang telah diuji dimakmal. Bakteria Pintar membekalkan nutrien yang diperlukan kepada tanaman apabila berkurangan. Dapat diserap oleh tumbuhan melaui akar, batang dan daun.

 
BAJA APA YANG HARUS KITA GUNA?  BERAPA KILO SATU POKOK?

Peringatan lagi!!!!  MEMBAJA UNTUK TAMBAH PENDAPATAN.
1.       Kalau tanah kita dah subur, tak perlulah dibaja. Jangan mambazir, kerana membazir mengurangkan pendapatan.
2.       Makanan tumbuhan didapati dari tanah, jadi kita kena tahu apa nutrien/zat yang kurang dalam tanah kebun kita.
Kita hendaklah membaja dengan baja yang mempunyai nutrien/zat/vitamin yang diperlukan oleh tanaman kita sahaja. Yang lain adalah pembaziran, kerana tumbuhan tidak akan ambil makanan yang tidak diperlukannya. (lebih cerdik dari manusia). 
Tips ; Lebih baik jangan membaja daripada membaja membuta tuli, membazir.
Kita boleh tahu nutrien yang kurang melalui pengamatan pada tanda-tanda yang di perlihatkan oleh tanaman kita. Syarikat-syarikat  perladangan besar mempunyai pakar (agronomist) khusus untuk menilai kekurangan nutrien- nutrien di ladang-ladang mereka, (kerana kalau terlebih 100gm baja satu pokok boleh rugi beratus ribu.)
 
Cth.nya; kalau daun hijau menjadi kekuningan bererti kekurangan nitrogen, maka dinasihatkan pembajaan menggunakan bajaUrea yang berunsurkan N.

3.       Jika kebun kita tak berapa luas disarankan agar pembajaan pada kadar(dos) yang minimal tetapi lebih kerap.


Ingat!!! Kesuburan tanah boleh berkurang dan bertambah. Kita dapat menjaga kesuburan tanah  supaya berkekalan, malah bertambah subur. Bagaimana?
 
Bersambung…….

Monday 29 October 2012

PERTANIAN DARI SEGI PERSPEKTIF ISLAM.

Galakkan Islam Kepada Bidang Pertanian.

Menurut Imam An-Nawawi dalam Shahihnya, pekerjaan yang baik dan afdhal ialah pertanian. Inilah pendapat yang shahih kerana ia merupakan hasil tangannya sendiri dan ia juga memberi menafaat kepada diri sendiri, umat Islam dan kepada binatang.  Di samping itu bidang pertanian juga membawa para petani kepada sifat tawakkal. 
(Al-Majmuk: 9/54 & Shahih Muslim Syarah Imam An-Nawawi).

Bagi umat Islam, kegiatan pertanian merupakan di antara cara yang mudah bagi mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala di samping mendapat menafaat  atau pendapatan yang halal daripada hasil jualan keluaran pertanian.

Dalam hadis marfu pula, daripada riwayat Abu Ayyub Al-Anshari, Baginda bersabda: Maksudnya: "Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman melainkan Allah Azza Wajalla menetapkan baginya pahala sebanyak jumlah yang dihasilkan oleh tanaman tersebut".
                                                                                                                   (Hadis riwayat Ahmad)


"MULIA SUNGGUH HIDUP BERTANI".

Salam RA, lagi besar ladang lagi besar pahala. Tawakkal lah kita.

CUKAI EKSPOT CPO - AKHIRNYA MALAYSIA IKUT INDONESIA.

Menteri Perladangan dan Asas Tani, Tan Sri Bernard Dompok mengistiharkan yang Kabinet telah membuat keputusan untuk merubah struktur cukai ekspot CPO, mulai 1 Januari 2013. Perubahan ini dilihat sebagai menyerupai struktur kadar cukai Indonesia.

HARGA CPO TERUS MELONJAK NAIK!

Kadar cukai ekspot CPO baru, akan cuma berlegar dalam lingkungan 4.5 persen ke 8.5 persen sahaja, berbanding 23 persen sebelum ini. Kuota cukai ekspot percuma juga dimansuhkan.

Kadar cukai ekspot minyak sawit yang disaring (refined palm oil) tetap percuma.

Kadar cukai ekspot CPO terbaru Malaysia, mulai 1 Januari, 2013.

(Berikut pemansuhan kuota cukai ekspot percuma.)


             Harga CPO.             Cukai (persen}

RM2,250 - RM2,400           4.5
RM2,400 - RM2,550           5.0
RM2,550 - RM2,700           5.5
RM2,700 - RM2,850           6.0
RM2,850 - RM3,000           6.5
RM3,000 - RM3,150           7.0
RM3,150 - RM3,300           7.5
RM3,300 - RM3,450           8.0
RM3,450 - RM3,600           8.5

Sepatutnya kerajaan lebih cepat membuat keputusan. Kita dah rugi berjuta-juta kerana lambat membuat keputusan.

SUSAHLAH NAK BELI KEBUN, HARGA CPO SEMASA (RENDAH), TETAPI HARGA TANAH TETAP TINGGI. BANK KATA BILA NAK HABIS BAYAR? KITA KATA TAK LAMA LAGI HARGA NAIK. BANK TANYA MANA KITA TAHU?



Melawat ladang di Nigeria.




Friday 7 September 2012

MALAYSIA MARAH SEBAB INDONESIA NAIKKAN CUKAI CPO.

Malaysia yang terlebih dahulu bersusah payah, bergelumang dengan pengalaman pahit manis selama lebih 40 tahun dalam industri perladangan sawit, tetap berada di tempat kedua di belakang Indonesia sebagai pengeluar minyak sawit utama dunia. Indonesia yang boleh di katakan baharu dalam industri ini dahulunya sentiasa mengikut tindakkan Malaysia yang lebih berpengalaman, telah mengambil tindakkan sendiri dengan menaikkan cukai ekspot CPO dan menurunkan cukai produk hiliran CPO tanpa perbincangan.

MALAYSIA HARUS MEMBUAT KEPUTUSAN DAN MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA.

Akibat tindakan Indonesia itu:-

  1. Pengusaha2 produk hiliran minyak sawit mentah di Malaysia tidak dapat bersaing dengan pengusaha di Indonesia kerana mereka mendapat bahan baku(CPO) yang lebih murah serta cukai ekspot yang juga lebih murah. Ada pengusaha2 Malaysia mengimpot minyak olein dari Indonesia kerana ianya lebih murah(USD70/Ton) dari harga diproses sendiri.
  2. Kilang2 memproses minyak sawit mentah (CPO refineries) tidak dapat beroperasi dengan sepenuh kapasiti, kerana ia tidak menguntungkan.
  3. Lambakkan minyak sawit mentah (CPO) dalam negara pun terjadi.
  4. Harga CPO dipasaran global jatuh.
  5. Kilang2 memproses minyak sawit mentah Malaysia di ambang gulung tikar.
  6. Banyak pelabur2 luar berpindah ke Indonesia untuk membuka kilang memproses minyak sawit mentah(CPO refinery).

Tindakkan sementara Malaysia.

Untuk mengurangkan stok CPO, Malaysia terpaksa memberi kuota cukai ekspot percuma untuk 5 juta ton CPO (30% dari jumlah pengeluaran setahun).

Tindakkan jangka panjang Malaysia.

Malaysia mempunyai 2 pilihan, iaitu :-

  1. Mengikut apa yang dibuat Indonesia, iaitu dengan menaikkan cukai CPO dan mengurangkan cukai produk hilirannya. Bererti, mengurangkan pendapatan pengusaha ladang dan pekebun kecil.
  2. Menjadi pengekspot CPO sahaja dan Indonesia menjadi pengekspot produk hiliran sahaja. Bererti, mengorbankan pengusaha kilang memproses minyak sawit mentah (CPO refineries).
INDONESIA TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG MEMENTINGKAN DIRI.

SEHARUS NYA MALAYSIA DAN INDONESIA BERKERJA-SAMA DAN SAMA2 MENGUASAI KOMODITI YANG AMAT PENTING DI DUNIA INI.
   
Ada juga yang berpendapat supaya diberi subsidi kepada CPO refinery dan menurunkan cukai ekspot produk hiliran CPO.

TUJUAN INDONESIA MENAIKKAN CUKAI EKSPOT MINYAK SAWIT MENTAH (CPO).

Indonesia telah menaikkan cukai ekspot minyak sawit mentah (CPO) pada Oktober 2011 dan kemudian menurunkan pula cukai ekspot produk2 yang telah diperoses(CPO hiliran).

Tujuannya:-

1. Untuk mengalakkan pertumbuhan industri hiliran di dalam negara.
      - buat minyak masak, sabun, kosmatik, barangan kesihatan dan lain2 barang sendiri.
      - mengalakkan pengilang2 tempatan untuk menambahkan lagi kilang2 dalam industri hiliran.
      - mengurangkan harga barangan seperti minyak masak dan lain2 kepada rakyat.
      - menambahkan ruang pekerjaan.

2. Kerajaan dapat lebih banyak hasil kutipan cukai.

3. Minyak Olein, RBD dan lain2 lebih murah.

4. Tak perlu ikut telunjuk RSPO, tajaan negara barat.

Ringkasnya :-

Kenapa harus ekspot CPO kepada negara lain yang memprosesnya menjadi produk hiliran yang kemudian nya di impot kembali? Bila proses sendiri, rakyat untung dapat barang murah, tambah pekerjaan, pengilang2 hiliran untung dan kerajaan pun bertambah untung.

TEORI YANG BAGUS!

Keburukkannya:-

Bila cukai ekspot CPO naik, pengeluar CPO tidak berminat untuk mengekspot kerana untungnya akan kurang. Lebih untung kalau jual dalam negara, walaupun dengan harga yang murah sedikit.

Bila CPO murah, buah tandan segar(BTS) pun jadi murah dan pendapatan pekebun2 kecil (12 juta di Indonesia) pun berkurang. Jadi, tindakan ini merugikan pengusaha ladang dan pekebun2 kecil.

Pemerintah Indonesia kata, pekebun kecil rugi sedikit saja tapi keseluruhan rakyat amnya mendapat menafaat.

ORANG KAMPUNG NAK BUAT APA DUIT BANYAK2!!

Apa macam? Malaysia mau ikut ka?

SEJUTA LITER BIO-DISEL SAWIT DIJUAL DI KUALA LUMPUR, SEBULAN.

Jangan tak tau...

Minyak B5, adalah campuran 95% minyak disel dengan 5% bio-disel dan dijual pada harga RM1.80 seliter (dah tolak subsidi kerajaan).

Terdapat 247 stesen minyak bio-disel di sekitar Kuala Lumpur yang menjual B5.

Satu juta liter bio-disel di gunakan setiap bulan di Kuala Lumpur sahaja atau penjimatan hampir 12.4 juta liter bahan bakar fosil setahun. ITU BARU KUALA LUMPUR SAJA!

Buat masa sekarang, penjualan bio-disel hanya tertumpu di negeri2 di tengah Semenanjung Malaysia (KL, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka).

Syarikat2 yang mengedar bio-disel di Malaysia adalah Petronas, Esso, Shell, Chevron dan Boustead Petroleum Marketing.  CALTEX TAK TERLIBAT!! Pasal apa dia ni?




Nampak gaya kena tukar kereta disel pulak lah. Bas kot?