Saturday, 10 September 2011

MINYAK SAWIT PEMBAYAR CUKAI PALING TINGGI ANTARA SEMUA MINYAK SAYURAN.

Minyak sawit  membayar cukai yang paling tinggi antara semua minyak sayuran di dunia kerana penanam sawit terpaksa membayar 25% "Corporate Tax", ses RM13.00 setiap satu ton minyak, serta 7.5% dan 5% cukai jualan di Sabah dan Sarawak. Ini belum termasuk duti import yang berbeza-beza yang di kenakan oleh negara2 pembeli minyak sawit.      
                       
Berbanding sektor lain yang hanya membayar 25% cukai korperat, pengeluar minyak kelapa sawit terpaksa membayar lebih.

Bila semua ses dan cukai di campur jumlah nya adalah 26% di Semenanjung.
Lebih menyiksa lagi di Sabah dan Sarawak, di mana setiap RM1 yang di hasilkan oleh penanam sawit mereka di kenakan ses dan cukai yang berjumlah 40 sen dan di Sarawak pula sebanyak 37 sen..

" KERAJAAN KENA BANTU , JANGAN IRI PADA RAKYAT "

NEGARA BARAT MUSUH UTAMA SAWIT.

Negara Barat telah menjadi musuh utama sawit, bukan lagi penyakit dan haiwan perosak seperti babi, ulat dan sebagai nya.

Nilai US$40 Billion (RM124.4 Billion) pasaran  minyak sawit sedunia, adalah hampir 60% dari jumlah keseluruhan nilai pasaran minyak sayuran sedunia.

Malaysia dan Indonesia memasarkan lebih banyak minyak sayuran sedunia dan pada kadar yang lebih cepat dari musuh kita iaitu Eropah dan  Amerika Utara.

Semakin besar pasaran sawit, semakin besarlah kempen yang mencemuh dan menfitnah dari musuh kita, dengan menggunakan jalan politik. Penanam-penanam sawit terpaksa menerima tuduhan2 palsu seperti penebangan hutan yang berlebihan dan penipuan tentang pembunuhan orangutan yang di reka oleh WENGO's (Western Environmental Non- Governmental Organisations).

Setiap tahun, Malaysia mendapat untung sekitar US$20 Billion (RM62.2 Billion) dan Indonesia mendapat US$15 Billion (RM46.65 Billion), dari hasil jualan 32 juta ton minyak sawit ke seluruh dunia.

Tahun lepas, kedua2 negara ini telah mengekspot 36.8 juta ton minyak sawit atau 58% daripada 63.5 juta ton minyak sayuran yang di niagakan sedunia.

Penanaman sawit telah menaikkan taraf hidup berjuta rakyat luar bandar dan kita patut berterima kasih kepada kelapa sawit.

" GUNAKAN LAH MINYAK SAWIT  DAN BANTU RAKYAT SENDIRI"