Galakkan Islam Kepada Bidang Pertanian.
Menurut Imam An-Nawawi dalam Shahihnya, pekerjaan yang baik dan afdhal ialah pertanian. Inilah pendapat yang shahih kerana ia merupakan hasil tangannya sendiri dan ia juga memberi menafaat kepada diri sendiri, umat Islam dan kepada binatang. Di samping itu bidang pertanian juga membawa para petani kepada sifat tawakkal.
(Al-Majmuk: 9/54 & Shahih Muslim Syarah Imam An-Nawawi).
Bagi umat Islam, kegiatan pertanian merupakan di antara cara yang mudah bagi mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala di samping mendapat menafaat atau pendapatan yang halal daripada hasil jualan keluaran pertanian.
Dalam hadis marfu pula, daripada riwayat Abu Ayyub Al-Anshari, Baginda bersabda: Maksudnya: "Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman melainkan Allah Azza Wajalla menetapkan baginya pahala sebanyak jumlah yang dihasilkan oleh tanaman tersebut".
(Hadis riwayat Ahmad)
"MULIA SUNGGUH HIDUP BERTANI".
Salam RA, lagi besar ladang lagi besar pahala. Tawakkal lah kita.