Saturday, 4 February 2012

KELAPA SAWIT RAGUT RATUSAN RIBU NYAWA SELURUH DUNIA!

 
JANGAN PANIK!!!   BACA DULU...


BOM NAPALM, banyak digunakan sewaktu perang dunia kedua dan perang di Vietnam, di mana pihak Amerika telah menggugurkan bom-bom napalm ini di Vietnam. Bom ini juga di gunakan untuk membunuh puak Turkish. Ia masih banyak digunakan sekarang, contohnya di Afghanistan, Pakistan dan sebagai nya. Banyak mangsa bom ini yang mati dan banyak lagi cacat seumur hidup.

Tahu kah anda yang 'bom napalm'  diperbuat dari product kelapa sawit?


Bom napalm di buat dengan campuran 'asid palmitic' dari minyak kelapa sawit dengan 'naptha'.



Banyak kegunaan produk kelapa sawit, di antara nya sebagai bahan makanan, kecantikkan, kesihatan, kebersihan, bahan bakar (bio-fuel), makanan ternakkan dan juga BOM!



KITA TEBANG HUTAN UNTUK TANAM SAWIT......... VERY BAD!
DIA GUNA MINYAK SAWIT BUNUH ORANG....... VERY GOOD! 
-  Ideologi Barat.


 JANGAN TAK TAHU!

KALAU BANYAK DUIT, BUKA KILANG PROSES BUAH SAWIT DI INDONESIA. UNTUNG BESAR!!!


Kalau nak buka atau beli ladang sawit di Indonesia, pastikan ada kilang sendiri, kalau tidak kita akan rugi besar.
Cuba kita pelajari apa kelebihan mempunyai kilang memproses kelapa sawit di Indonesia. Data-data yang di bawah ini juga menjelaskan bagaimana BTS di hitung harganya.
PERBANDINGAN HARGA BTS(Buah Tandan Segar) YANG DIJUAL KE KILANG. 

Harga minyak sawit mentah (CPO  Price)  & Harga isi rong (KER Price) - Adalah berdasarkan harga pasaran komoditi  global semasa.( Daily global commodity market price ). Kita boleh lihat di surat kabar, di TV dan internet untuk mendapat harga terkini.

Peratus Perahan Minyak (OER %)  & Peratus Isi Rong (KER %). -Adalah bergantung kepada kualiti BTS ditetapkan oleh kilang. (Based on FFB quality fixed by mill).

Formula mendapat harga BTS bersih :

  ( % OER x CPO price  +  % KER x PKO price)  - (Kos Pengilangan + Kos Pemerintah + Transpot + Lain2)  
                  =        Harga bersih BTS/MT(Nett FFB price/MT)

MALAYSIA

Kos dan cas yang di kenakan:

A.   Kos Pengilangan
          Biasanya  =    RM35/MT BTS(FFB).

B.   MPOB -RM13/MT/ CPO market price
                 =     RM2.60/MT BTS(FFB).

C.   TRANSPORT CPO  & PKO =RM20/MT/ CPO          =     RM4/MT BTS(FFB).




CONTOH PENGIRAAN (CALCULATION EXAMPLE):
Jika :
Harga CPO  = RM3,200 ,Harga KER  = RM2,750, OER = 20, KER = 5%
Maka:
1.       20% OER x RM3,200 =  RM640.00
2.       5% KER x RM2,750   = RM137.50
      Harga BTS/Ton      = RM777.50


Di kurangi(Less):
             A+B+C  =       RM(41.60)

HARGA BTS/MT (FFB PRICE/MT)                      =     RM735.90




















INDONESIA

Kos dan cas yang di kenakan:

A.   Kos Pengilangan
          Biasanya  =  RM100/MT BTS(FFB).

B.  Dinas Perkebunan Daerah, 20%/MT (FFB)  =  RM128.00/MT BTS(FFB)

C.   TRANSPORT CPO  & PKO =RM50/MT
                    =     RM50/MT BTS(FFB).

D.   Other charges (Mailing, Telephone, other tax, etc.)        =     RM50/MT BTS(FFB).

CONTOH PENGIRAAN (CALCULATION EXAMPLE):
Jika:
Harga CPO  = RM3,200 ,Harga KER  = RM2,750, OER = 20, KER = 5%
Maka:
1.       20% OER x RM3,200 = RM640.00
2.       5% KER x RM2,750   = RM137.50
     Harga BTS/Ton       = RM777.50


Di kurangi(Less):
             A+B+C+D  =    RM(330.60)

HARGA BTS/MT (FFB PRICE/MT)                                =        RM446.90


Catatan:
Lihat A - Harga yang di kenakan oleh pihak kilang di Indonesia sangat tinggi, 
Lihat B - MPOB hanya mengenakan bayaran sebanyak RM2.60/MT BTS berbanding RM128.00/MT.
Lihat C - Harga pengangkutan CPO dan Kernel yang tinggi di Indonesia.
Lihat D - Banyak kos operasi kilang dibayar oleh pekebun..

Peringatan:
Jangan ingat pengilang di Malaysia semua betul, banyak juga yang makan darah orang. 

Perlu di ingat, apabila kita membuat pelaburan, pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Bergantung kepada pelabur itu sendiri untuk menilai dengan teliti. Melabur dalam sektor perladangan di Indonesia tetap banyak kelebihannya, tapi harus tahu cara nya.
                         
“ BILA TERDAPAT MASAALAH, MAKA TERDAPAT KESEMPATAN”.
                               
     “WHEN THERE’S PROBLEM, THERE’S OPPORTUNITY”.



 p.s. Nanti saya tulis tips untuk nego jual buah sawit, dengan harga tinggi. Kena faham di atas ini dulu.



Friday, 3 February 2012

JANGAN TAK PERCAYA!!! PENGANGKUTAN UDARA (AVIASI), GUNA 70 BILLION GELEN BAHAN BAKAR SETAHUN!!!


Dah bertahun-tahun, industri aviasi dikritik kerana “pancaran karbon, gas rumah hijau”(carbon GHG emission).  Dari keseluruhan jumlah pancaran karbon global, 56% darinya adalah akibat pembakaran bahan bakar fosil dan 17 % adalah dari pertanian. Industri aviasi pula menyumbang sebanyak 649,000,000 ton pancaran karbon GHG setahun, iaitu 3% jumlah pancaran karbon GHG global.

Jumlah keluasan kelapa sawit seluruh dunia, adalah seluas 14 juta hektar, cuma 0.25% dari jumlah keluasan pertanian dunia atau 0.04% pancaran karbon GHG global.  Keluasan kelapa sawit Malaysia, baru 4.85 juta hektar atau 0.014 % pancaran karbon GHG global.

Penyumbang Pancaran Karbon GHG global (Global carbon GHG emission) :
Pembakaran bahan bakar fosil(petroleum)    =       56 % (aviasi = 3 %)
Pertanian                                         =      17 % (sawit dunia = 0.04%, sawit Malaysia = 0.014%)
Lain-lain                                          =        27 %

Industri aviasi menggunakan 70 BILLION GELEN bahan bakar setahun.

Apa kah benda “bahan bakar bio” atau “bio fuel” ni?
Untuk jadikan “bio fuel”, kita cuma campurkan 1 % minyak sawit dalam “bahan bakar fosil”.
"DON'T DO THIS AT HOME"!!. Ada banyak proses-proses dia lagi.
Nanti ada yang masuk minyak bekas goreng ikan dalam tangki minyak kereta pulak. Naya aku.

Bayangkan untuk menghasilkan 70 billion gelen “jet bio fuel”, memerlukan 146.5  juta Ton minyak sawit!!!! Sekarang, produksi minyak sawit Malaysia setahun baru, 18 juta Ton atau 8.6 billion gelen “bio fuel”.

WOW!!!!  Sape kata industry kelapa sawit tak cerah masa depan?

CUMA!!!! Halangan nya sekarang ialah harga “bio fuel” kelapa sawit, lebih mahal dari “jet fosil fuel”.

TAPI!!!! Berapa banyak ‘minyak dalam tanah’ ini yang masih tinggal? Jet tak boleh terbang dengan menggunakan tenaga hydro, angin atau solar.


HIDUP SAWIT!  CERAH MASA DEPAN SAWIT MALAYSIA.

p.s. Amrul jangan risau......kita tanam sawit.