Monday 15 August 2011

KENAL POKOK SAWIT BARU CINTA MINYAK SAWIT



Tahukah anda yang 1 dari 8 rakyat Malaysia, bergantung pada pekerjaan yang berkaitan dengan industri sawit?
Ramai yang berpandangan, industri sawit hanya untuk pekebun saja. Yang sebenarnya, lebih dari itu. Pekerja bank, syarikat ansuransi, pengangkutan, kargo, ahli sains adalah sebahagian kecil dari banyak lagi di dalam rangkaian pembekalan minyak sawit yang sangat sangat luas.

Malaysia sangat beruntung, dengan  mempunyai minyak di atas dan di bawah tanah.

Menjelang 2020, Malaysia boleh menjangkakan, ekspot kelapa sawit akan menghasilkan pendapatan luar negara yang lebih tinggi dari hasil ekspot bahan petrolium.

Bank Negara dengan jelas mengesahkan kepentingan industri kelapa sawit. Ini jelas terbukti dari perbandingan diantara wang kertas RM50 yang baru dan lama. Gambar pokok kelapa sawit telah mengantikan gambar pelantar minyak.

Keluasan tanah negara Malaysia ialah 33 juta hektar. Hanya sebanyak, 4.85 juta hektar atau seluas 14% di benarkan untuk industri sawit.

Hampir 50 tahun, NGO Barat dan ahli2 politik Amerika Syarikat, Kesatuan Negara2 Eropah dan Australia, berusaha untuk memburukkan produk kelapa sawit, demi kepentingan  minyak soya, bijian dan sayuran mereka.
Kita akan berjuang untuk menegakkan kebenaran. Kita akan tepis segala tomahan dan fitnah mereka. Yang paling penting rakyat Malaysia sendiri harus kenal SAWIT, supaya kita tidak di pengaruhi mereka.

Sesetengah orang Malaysia, apa orang putih kata semua betul. Kita sumpah lah, junjung Ouran lah, tetaplah tak percaya.

HIDUP SAWIT!!!, HIDUP PEKEBUN KECIL!!! DAN HIDUP MALAYSIA!!!.

Pendekar Sawit
5 Ogos 2011

WenNGO dan Green Peace Tak Tahu yang Minyak Zaitun Hasil Dari Buah

BEST SAWIT

 Memang dari Azali, minyak zaitun dan minyak sawit telah di kategorikan sebagai" Minyak Sayur2an".

Baru-baru ini WenNGO (Western Environment NGO) dan Green Peace menyarankan kepada Green Politician di Australia dan Amerika supaya meluluskan ketetapan agar menukarkan HANYA minyak sawit ke kategori "Minyak Buah2an". Untuk makluman, duti impot kategori "Minyak Buah2an" jauh lebih tinggi dari "Minyak Sayur2an". Bila ini terjadi maka duti impot minyak sawit akan naik dengan mendadak.

Cadangan penukaran kategori ini di tolak sebulat suara kerana jika minyak sawit ditukar ke kategori "Minyak  Buah2an", maka minyak zaitun pun kena tukar ke kategori "Minyak Buah2an" kerana ia juga hasil dari buah.

UNTUK MAKLUMAN MINYAK ZAITON MEMANG BANYAK DIGUNAKAN DI GEREJA GEREJA DI SELURUH DUNIA. jawabnya tak leh lah tukar kategori kerana gereja gereja kena belanja lebih untuk duti impot.

Yang pelik nya, ada  NGO2 di Malaysia sokong buta tuli saja.

Ini gambar POKOK Zaitun.


Ini gambar BUAH Zaitun.


HIDUP MINYAK SAWIT KU!!!

Pendekar Sawit.