Tuesday 24 January 2012

MENILAI HARGA TANAH KEBUN SAWIT.


Banyak yang tanya saya, “macam-mana nak menilai ladang/kebun kelapa sawit?

      Soalan-soalan lain yang lazim ditanya; 

             Berapa anggaran harga tanah sawit sekarang?
-          Harga RM40,000, boleh beli ka?
-          Satu ekar boleh dapat berapa tan buah sawit?
-          Harga RM15,000 murah ka?
-          Berapa banyak boleh buat loan?
-          Kalau aku beli kebun tu, untung tak?

Bukan senang nak jawab soalan-soalan ni, sebab tiap-tiap tanah tidak sama dengan yang lain.
Macam beli buku dengan beli karipap, beza sekali cara penilaian nya.
Contoh soalan:
1.  Ada buku Malay Dilema harga RM100, boleh beli ka? 
Saya boleh terus jawab, "Ya."
2.  Ada karipap jual kat Selama harga RM2 satu, boleh beli ka? 
Saya tak boleh jawab tanpa ada pengalaman membeli karipap itu. Saya hanya boleh nasihat supaya beli satu, rasa dulu, rugi cuma RM2 sahaja.


Di sini, saya cuba memberi ciri-ciri asas yang mesti diambil-kira sebelum membuat keputusan untuk membeli ladang atau kebun kelapa sawit, kerana kalau tersalah beli boleh rugi berpuluh-puluh ribu kadang-kadang beratus ribu ringgit.
 
         -    Kesahihan, tanah hendak dijual – Penjual sendiri, broker, wakil penjual, bank, dll. 
          -    Status milik tanah – rezab Melayu, persendirian, bank, TOL, pusaka, dll. 
          -     Lokasi tanah – Jarak dari kilang sawit terdekat atau pemborong buah sawit, dll.
     -  Ekses(jalan ke kebun) - jarak dari jalan berturap(tar). Jalan untuk kenderaan masuk kebun. 
          -  Topografi tanah - Rata, bukit, gunung, paya, banjir dan lain-lain. 
           -     Pembinaan teres – lebar, keutuhan, jarak antara teres, platform, kedudukan pokok atas teres, dll. 
           -  Jenis tanah – tanah liat, gambut, pasir, batu, dll.
-  Pokok sawit yang ditanam – umur, kepadatan, jarak tanam, subur, berpenyakit, klon(jenis), jarak tanaman, mandul, dll. 
           -  Penjagaan kebun – semak, bersih, berlalang, hutan. 
           -  Data-data lain – lapuran hasil, jadual pembajaan, jumlah pekerja, upah yang dibayar, semua kos-kos lain, dll.
-  Kemudahan-kemudahan lain – rumah pekerja, tenaga eletrik, sumber air, dll. 
-  Harga pasaran tanah persekitaran.

Faktor-faktor di atas dapat membantu untuk menilai harga, kerana ia juga menunjukkan berapa banyak modal tambahan yang perlu di keluarkan setelah dibeli. Pihak bank akan membuat penilaian mengikut faktor-faktor ini juga.

Contoh :      
Kalau harga tanah RM20,000, modal tambahan untuk baik pulih sebanyak RM10,000, jumlah keseluruhan adalah RM30,000. (Kalau perlu banyak kerja baik pulih, bererti produksi juga kurang, maka pulangan pelaburan juga lambat.)

Kalau harga tanah RM25,000 dan tiada modal tambahan, maka harga nya tetap RM25,000 sahaja.

Kesimpulan :
Gunakan lah khidmat nasihat orang yang berpengalaman untuk membuat penilaian.

Jangan lah kerana takut keluar RM10-RM50 se-ekar untuk bayar konsultan, terpaksa menanggung rugi sampai beribu-ribu se ekar.
        
                                      “MANA ADA ORANG BUAT KERJA FREE, KAWAN!”. 

Sunday 15 January 2012

SEJARAH KELAPA SAWIT DI MALAYSIA.

Banyak yang tak tahu sejarah kelapa sawit di Malaysia dan
mula nya di panggil kelapa bali?

Pada tahun 1848, empat benih kelapa sawit di bawa dari Afrika ke Indonesia dan ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia, oleh Belanda. Ke empat-empat benih ini masih berada di Bogor dan merupakan sawit tertua di Asia Tenggara.

Benih dari Bogor ini pula di tanam di tepi-tepi jalan sebagai hiasan di Deli, Sumatera pada dekat 1870an.

Pada 1911-1912 benih dari Bogor di tanam di tepi-tepi jalan di Rantau Panjang, Selangor.

Perladangan kelapa sawit di Malaysia bermula pada tahun 1917 apabila Ladang Tenmaran di Kuala Selangor, di tanam dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang.

Apabila pewarisan bentuk buah di fahami, penanaman komersil beralih daripada bahan dura x pesifera (D X P). Kacukan D X P menghasilkan buah tenera, ada yang panggil Dolly Parton.

Penanaman ladang yang menggunakan bahan D X P berlaku secara mendadak pada awal dekat 1960an apabila FELDA membuka tanah rancangan secara besar-besaran.

Program pembiakan dan pemilihan sawit di Malaysia di mulakan oleh :
Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 1912.
-  Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) mulai tahun 1969,
-  Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) pada tahun 1979.
-  Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sejak tahun 2000.

Kalau tidak kelapa puan
Tidak puan kelapa bali
Harap-harap kepada tuan
Tidak tuan siapa lagi

Saturday 14 January 2012

GILA!!! EURO 600 BILLION - SUBSIDI PERTANIAN DI EROPAH!!!

Sejak 50 tahun dulu, petani di Eropah mendapat keuntungan dengan adanya  perlindungan dan subsidi istimewa melalui Common Agricultural Policy (CAP) mereka.
Dari 1995 hingga 2010, jumlah subsidi yang di keluarkan adalah sebanyak EURO 600 BILLION.

Di sebabkan, krisis kewangan Eropah kini memaksa mereka mengurangkan subsidi ini menjadi EURO 55 BILLION setahun dan ia masih tetap menjadi skim saraan pertanian terbesar dunia.

KENAPA SUBSIDI INI MELIBATKAN KITA?

Musoh sawit adalah minyak bijirin dan petani di Eropah adalah pengeluar minyak bijirin. CAP bertindak sebagai tembok tarif menghalang impot pertanian sementara menetapkan harga yang tinggi.

SIAPA KAH --- PETANI - PETANI YANG BERUNTUNG INI?

Yang mengaut keuntungan ini adalah gergasi-gergasi yang memiliki tanah di Eropah.

Antara mereka adalah, Rabobank, ING Bank, HSBC Bank, Nestle, Unilever, Danone dan Friesland Foods.

Permaisuri England menerima peruntukan  Euro 473,500 dalam tahun 2008, untuk Ladang Sandringhan milik nya.

RUMUSAN NYA.

KURANGKAN ATAU JANGAN GUNA MINYAK BIJIRIN - BANTU LAH PETANI KITA.

HIDUP SAWIT!!!

Friday 13 January 2012

SAWIT JENIS DOLLY PARTON


Dah lebih 40 tahun, Malaysia mencuba bermacam cara untuk memantapkan lagi proses memetik buah sawit dengan menggunakan mesin, lebih-lebih lagi kerana kekurangan tenaga kerja.

Kebanyakkan cubaan-cubaan ini ternyata gagal.
Industri perladangan sawit terpaksa mengalih perhatian kepada pokok sawit pula, supaya buah mereka lebih mudah di petik serta menghasilkan lebih banyak minyak.

Dulu, pokok sawit menjadi lebih tinggi mengikut umur dan pemetik buah terpaksa mengunakan galah yang panjang.
Pada tahun 1960an, di perkenalkan Hybrid yang baru di panggil, Dura X Pesifera(D X P). D X P  lebih pendek tetapi tandannya yang sangat besar. Banyak peladang yang suka hybrid ini dan mengelar nya " sawit jenis Dolly Parton", kerana ianya pendek dan besar.


Lima puluh tahun berlalu, lanskap perladangan sawit telah bertukar dengan majority populasi perladangan sawit di dinominasi dengan pokok jenis Dolly Parton.


Sekarang, seperti juga artis Dolly Parton, yang di ganti dengan artis baru seperti Syarifah Aini, Siti Norhaliza dan Yuna, pokok kelapa sawit juga bertambah pendek dan tandan nya bertambah kecil, tetapi bertambah padat dengan minyak.

Jelas, besar tidak selalu nya lebih bagus.

Asas penanaman sawit adalah pemilihan benih tanaman nya. Kita boleh tanam lebih pokok dalam satu hektar kerana ianya lebih pendek dan menghasilkan lebih minyak.