Tuesday 15 November 2011

NIGERIA BAKAL KEMBALI MENJADI PENGELUAR UTAMA MINYAK SAWIT DUNIA.

Dalam tahun 1950an hingga pertengahan tahun1960an, Nigeria adalah pengeluar minyak sawit terbesar dunia, tetapi sekarang ia berada di kedudukan ke empat, di belakang Indonesia, Malaysia dan Thailand.

pengurusan ladang sawit Nigeria
Pada tahun 1960, Nigeria mencapai kemerdekaan tetapi malang nya pada tahun 1967 hingga 1970 Nigeria menghadapi perang saudara. Kemudian minyak petrolium di jumpai di Nigeria dan kerana hasil pulangan yang sangat lumayan dari melombomg minyak, sektor perladangan telah di abaikan sama-sekali.

Sekarang, Nigeria hanya mengeluarkan 74 peratus dari jumlah kosumpsi negara dan terpaksa mengimpot 300,000 Ton minyak sawit setiap tahun.    
Nigeria mempunyai 24 juta hektar tanah yang sesuai untuk di tanam dengan kelapa sawit.

melawat kg. yg hendak ditanam sawit
bersama pemimpin daerah
Penulis berada di salah satu daerah di Imo State, Nigeria dalam rangka jemputan dari pihak Gabenur sebagai konsultant pembukaan ladang sawit.
Semua penduduk dan Ketua Puak mengalu-alukan pembukaan ladang sawit baru.

'DASAR EKONOMI NEGARA YANG BAIK DAN NEGARA YANG AMAN = RAKYAT BERTAMBAH MAKMUR'


AO. 11-11-11 (Selamat ULTAH Abg Chop!). According to astrological tradition, "1" means the beginning of all things. When it is repeated 6 times in a row, it becomes a powerful astral catalyst capable of giving a new start in a happy life.

‘BANK DUNIA TERSASAR DARI TUJUAN UTAMA NYA’


                   
World Growth (WG), satu kumpulan NGO yang pro-pembangunan dan berpangkalan di Washington menyatakan yang Bank Dunia telah tersasar dari  tujuan dasar nya iaitu membasmi kemiskinan dengan mengamalkan undang-undang kelestarian yang sangat tipis pengertian nya. 

Bila di tanya oleh Business Times, Pengerusi WG mengakui yang seharus nya Presiden Bank Dunia meminta pendapat lembaga pengarah nya, yang mana Datuk Seri Najib dan Presiden  Susilo Bambang Yudiyono adalah merupakan lembaga pengarah,  di atas pembiayaan kewangan  minyak kelapa sawit memandangkan betapa penting nya ia untuk membasmi kemiskinan.

Indonesia (21.8 juta ton, 2010) dan Malaysia (17.52 juta ton, 2010), merupakan pengeluar terbesar minyak sawit dunia.
 
Kaki-tangan Bank Dunia lebih terpengaruh dengan kata-kata penyumbang dana dan “enviromentalis” daripada Negara-negara membangun.

International Finance Corp (IFC), yang berperanan sebagai pengeluar pinjaman swasta bagi pihak Bank Dunia, telah memberhentikan pinjaman industri minyak sawit pada 2009 kerana tekanan daripada “enviromentalis” dan NGO hak asasi manusia.             
               
Pengarah IFC Atul Mehra berkata, stragedi baru Bank Dunia melibatkan sokongan kepada ‘Persidangan Meja Bulat  Mengenai Kelestarian Minyak Sawit’ RSPO, yang mana IFC juga adalah ahli nya.


Mengapa Bank Dunia harus masuk campur dan menjadi penguat kuasa dalam bidang  ALAM SEKITAR pada hal seharusnya ia komited dengan tugas utama nya iaitu MEMBASMI KEMISKINAN?

AO-11/11/11