Tuesday 26 November 2013

APA ITU PEMBAJAAN?                  (ULASAN DUA)

Tua tapi terjaga.


"PERTANIAN YANG BAIK MEMERLUKAN PENGURUSAN YANG BAIK".

Oleh kerana proses pembajaan melibatkan kos pembiayaan yang sangat tinggi(60 hingga 70% kos pengeluaran BTS), maka saya berasa terpanggil untuk memberi sedikit penyuluhan minda untuk membantu teman sepejuangan mendapatkan pulangan atau pendapatan yang lebih. ~ Insya Allah~

Dalam Bahasa Indonesia, 'Membaja' dikatakan 'Memupuk', tetapi kalau 'Baja' ertinya 'Besi'. Bila saya arah pekerja di Indonesia supaya membaja, ada pekerja tanya, "tanam sawit pakai besi Pak?".  
 "Marilah kita memupuk semangat cintakan sawit!!!".

Pokok pangkalnya; pembajaan adalah pengurusan kesuburan tanah, kerana kesuburan pokok adalah pada pangkalnya.

Apa yang membuat tanah kurang kesuburannya atau sakit?
  1. Tahap asid (kemasaman) tanah tinggi (PH terlalu rendah), cth; paya, banjir dan pembajaan kimia berlebihan.
  2. Nutrien tanah di serap oleh tumbuhan2 pesaing yang lain (kebun yang jadi hutan simpan).
  3. Hakisan permukaan tanah akibat hujan, permukaan tanah yang terlalu gersang(tanpa penutup bumi),  
  4. Sisa bahan kimia yang terkumpul hasil dari terlebih atau salah pembajaan dan racun rumpai.
  5. Kepadatan berlebihan tekstur permukaan tanah akibat tekanan tayar jentera berat, pijakkan kaki haiwan(lembu &kerbau), dsb.nya.
Kekurangan Magnesium
Kekurangan Boron







Apa yang membantu tanah bertambah subur?

  • PH (tahap asid & alkali) tanah yang baik dan stabil (PH5-7). 
  • Kebun yang bersih dari tumbuhan-tumbuhan pesaing liar (anak2 kayu , lalang, dll.).
  • Membina teres, batas penahan air, pengurusan pengairan, penyusunan pelepah dan penanaman kekacang.
  • Mengurangkan pengunaan bahan kimia yang merosakkan dan berlebihan. Terlalu kerap meracun dan dengan kadar racun yang tinggi. Peladang2 yang berpengalaman tahu perbezaan istilah mengurang(suppress) dan menghapus (irradicate) dan bila dipraktikkan.
  • Membaja dengan kadar yang optima, (tumbuhan tidak menyerap nutrient yang tidak di perlukan atau berlebihan).
  • Kekurangan Kalium
  • Membiar lapisan rumput rampai yang tipis di permukaan tanah. Menggalakkan organisma2 tepu (sangat halus) seperti bakteria, mikrob, cacing dsb.nya membiak.


Kekurangan Phosfat






"ILMU PENGETAHUAN MENJADIKAN SESEORANG ITU PENGURUS YANG BAIK".





APA ITU BAJA ORGANIK DAN MIKROB ?


Bersambung.......




Saturday 23 November 2013


APA ITU PEMBAJAAN?               (ULASAN SATU)

Ini jawapannya mengikut definasi saya sebagai seorang ‘lay-man’ atau pun orang lapangan, kepada orang lapangan yang lain. ‘Lay-man to lay-man’.


Tujuan membaja;
Supaya kita dapat menambah hasil dari tanaman kita.  

Tujuan menambah hasil;
Supaya dapat menambah pendapatan.

Apa itu pendapatan?
Hasil jualan dikurangkan modal yang di keluarkan.

Peringatan!!!!  MEMBAJA UNTUK TAMBAH PENDAPATAN.

(Banyak yang berfikir ini tak payah cakap pun, semua orang dah tahu. Betul, kadang-kadang kita dah tahu tapi bila kita ingat nak lebih tahu akhirnya kita jadi tambah tak tahu .)

APA ITU BAJA?

Baja adalah nutrien, atau zat, atau vitamin, yang diperlukan oleh tumbuhan untuk tumbesaran dan pembiakan (buah, ubi, batang, daun, tunas dsb. nya) yang optima.

Tumbuhan memerlukan sekurang-kurangnya 16 jenis nutrien barulah ianya dapat tumbuh dengan optima dan mengeluarkan hasil yang maksima.

Cth.nya; Nitrogen(N), Phosporus(P), Potasium (K), Magnesium(Mg), Boron (B), Copper Sulfate(Cu) dsbnya. Untuk daun, akar, batang dan lain-lain.

Ingat!!! Kita harus menganggap pokok itu seperti kita (manusia).

Terdapat 3 jenis Baja.

1.     Baja Sebatian/ Kimia 

- Terhasil dari bahan buangan kilang besi yang diproses untuk dijadikan bahan lain untuk kegunaan pertanian. 
- Juga boleh diperoleh hasil dari kajian makmal melalui campuran beberapa bahan kimia. 
-  Hanya mengandungi 3-4 nutrien penting yang diperlukan tumbuhan. 
- Memerlukan unsur-unsur baja lain untuk mencukupkan unsur yang diperlukan tumbuhan.
-  Ia terdapat dalam bentuk serbuk, butir, nugget dan cecair. 
 

2.     Baja Kompos/ Organik 

- Terhasil apabila bahan organik mereput dan terurai kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil ‘humus’ melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma tanah seperti bakteria, cacing dan kulat. 
- Walaupun dikatakan baja organik ini mesra alam tetapi kandungan unsur didalamnya tidak mencukupi untuk sesuatu tumbuhan itu hidup dengan baik.
- Baja cacing, tanah gunung berapi dan najis binatang (guano) adalah tergolong dalam baja jenis ini.
 
3.     Baja Bakteria/ Mikrob 

- Terhasil dari tindakan bakteria baik yang telah diuji dimakmal. Bakteria Pintar membekalkan nutrien yang diperlukan kepada tanaman apabila berkurangan. Dapat diserap oleh tumbuhan melaui akar, batang dan daun.

 
BAJA APA YANG HARUS KITA GUNA?  BERAPA KILO SATU POKOK?

Peringatan lagi!!!!  MEMBAJA UNTUK TAMBAH PENDAPATAN.
1.       Kalau tanah kita dah subur, tak perlulah dibaja. Jangan mambazir, kerana membazir mengurangkan pendapatan.
2.       Makanan tumbuhan didapati dari tanah, jadi kita kena tahu apa nutrien/zat yang kurang dalam tanah kebun kita.
Kita hendaklah membaja dengan baja yang mempunyai nutrien/zat/vitamin yang diperlukan oleh tanaman kita sahaja. Yang lain adalah pembaziran, kerana tumbuhan tidak akan ambil makanan yang tidak diperlukannya. (lebih cerdik dari manusia). 
Tips ; Lebih baik jangan membaja daripada membaja membuta tuli, membazir.
Kita boleh tahu nutrien yang kurang melalui pengamatan pada tanda-tanda yang di perlihatkan oleh tanaman kita. Syarikat-syarikat  perladangan besar mempunyai pakar (agronomist) khusus untuk menilai kekurangan nutrien- nutrien di ladang-ladang mereka, (kerana kalau terlebih 100gm baja satu pokok boleh rugi beratus ribu.)
 
Cth.nya; kalau daun hijau menjadi kekuningan bererti kekurangan nitrogen, maka dinasihatkan pembajaan menggunakan bajaUrea yang berunsurkan N.

3.       Jika kebun kita tak berapa luas disarankan agar pembajaan pada kadar(dos) yang minimal tetapi lebih kerap.


Ingat!!! Kesuburan tanah boleh berkurang dan bertambah. Kita dapat menjaga kesuburan tanah  supaya berkekalan, malah bertambah subur. Bagaimana?
 
Bersambung…….