Saturday 10 September 2011

MINYAK SAWIT PEMBAYAR CUKAI PALING TINGGI ANTARA SEMUA MINYAK SAYURAN.

Minyak sawit  membayar cukai yang paling tinggi antara semua minyak sayuran di dunia kerana penanam sawit terpaksa membayar 25% "Corporate Tax", ses RM13.00 setiap satu ton minyak, serta 7.5% dan 5% cukai jualan di Sabah dan Sarawak. Ini belum termasuk duti import yang berbeza-beza yang di kenakan oleh negara2 pembeli minyak sawit.      
                       
Berbanding sektor lain yang hanya membayar 25% cukai korperat, pengeluar minyak kelapa sawit terpaksa membayar lebih.

Bila semua ses dan cukai di campur jumlah nya adalah 26% di Semenanjung.
Lebih menyiksa lagi di Sabah dan Sarawak, di mana setiap RM1 yang di hasilkan oleh penanam sawit mereka di kenakan ses dan cukai yang berjumlah 40 sen dan di Sarawak pula sebanyak 37 sen..

" KERAJAAN KENA BANTU , JANGAN IRI PADA RAKYAT "

No comments:

Post a Comment