Friday 3 February 2012

JANGAN TAK PERCAYA!!! PENGANGKUTAN UDARA (AVIASI), GUNA 70 BILLION GELEN BAHAN BAKAR SETAHUN!!!


Dah bertahun-tahun, industri aviasi dikritik kerana “pancaran karbon, gas rumah hijau”(carbon GHG emission).  Dari keseluruhan jumlah pancaran karbon global, 56% darinya adalah akibat pembakaran bahan bakar fosil dan 17 % adalah dari pertanian. Industri aviasi pula menyumbang sebanyak 649,000,000 ton pancaran karbon GHG setahun, iaitu 3% jumlah pancaran karbon GHG global.

Jumlah keluasan kelapa sawit seluruh dunia, adalah seluas 14 juta hektar, cuma 0.25% dari jumlah keluasan pertanian dunia atau 0.04% pancaran karbon GHG global.  Keluasan kelapa sawit Malaysia, baru 4.85 juta hektar atau 0.014 % pancaran karbon GHG global.

Penyumbang Pancaran Karbon GHG global (Global carbon GHG emission) :
Pembakaran bahan bakar fosil(petroleum)    =       56 % (aviasi = 3 %)
Pertanian                                         =      17 % (sawit dunia = 0.04%, sawit Malaysia = 0.014%)
Lain-lain                                          =        27 %

Industri aviasi menggunakan 70 BILLION GELEN bahan bakar setahun.

Apa kah benda “bahan bakar bio” atau “bio fuel” ni?
Untuk jadikan “bio fuel”, kita cuma campurkan 1 % minyak sawit dalam “bahan bakar fosil”.
"DON'T DO THIS AT HOME"!!. Ada banyak proses-proses dia lagi.
Nanti ada yang masuk minyak bekas goreng ikan dalam tangki minyak kereta pulak. Naya aku.

Bayangkan untuk menghasilkan 70 billion gelen “jet bio fuel”, memerlukan 146.5  juta Ton minyak sawit!!!! Sekarang, produksi minyak sawit Malaysia setahun baru, 18 juta Ton atau 8.6 billion gelen “bio fuel”.

WOW!!!!  Sape kata industry kelapa sawit tak cerah masa depan?

CUMA!!!! Halangan nya sekarang ialah harga “bio fuel” kelapa sawit, lebih mahal dari “jet fosil fuel”.

TAPI!!!! Berapa banyak ‘minyak dalam tanah’ ini yang masih tinggal? Jet tak boleh terbang dengan menggunakan tenaga hydro, angin atau solar.


HIDUP SAWIT!  CERAH MASA DEPAN SAWIT MALAYSIA.

p.s. Amrul jangan risau......kita tanam sawit.

No comments:

Post a Comment